Asal usul nama Minangkabau Minangkabau

Replika Istana Pagar Ruyung di Sumatra Barat

Legenda menceritakan bahawa pada zaman dahulu kala,angkatan tentera dari Jawa menyerang Minangkabau. Kerana tiada satu pihak pun yang memenangi peperangan ini,maka kedua-dua pihak Jawa dan Minangkabau bersetuju kalah-menang peperangan ini hendaklah diputuskan oleh perlagaan kerbau.

Pihak Jawa memilih seekor kerbau yang besar dan kuat. Pihak Minangkabau, sebaliknya memilih seekor anak kerbau yang belum lagi bercerai susu dan mereka memisahkan anak kerbau ini dengan ibunya sehingga ia kelaparan. Kerana anak kerbau ini belum tumbuh tanduk maka orang Minangkabau mengikat pisau di kepalanya.

Semasa pertarungan, anak kerbau ini begitu kuat hendak menyusu sehingga apabila ia berhadapan dengan kerbau jantan yang garang itu,ia menerpa dan berkali-kali menyondol -nyondol perut kerbau jantan itu untuk mencari puting susu itu dengan itu menikam-nikam binatang yang lebih besar lalu mati.Sempena peristiwa ganjil itu jadi kata 'Minangkabau' atau kerbau yang menang dalam Bahasa Melayunya.


Bumbung rumah adat Minangkabau yang dipanggil Rumah Gadang, (Rumah Besar) memiliki rupa bentuk yang unik kerana ia menyerupai tanduk kerbau.Terdapat juga prinsip-prinsip tertentu dalam pembinaan rumah adat Minangkabau[6].Contoh Rumah Gadang ialah Replika Istana Pagar Ruyung di Sumatra Barat.

Rujukan

WikiPedia: Minangkabau http://www.melayuonline.com%7Ctitle=Sejarah http://www.antara-sumbar.com/id/index.php?sumbar=p... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/383458/M... http://www.rajaalihaji.com/id/article.php?a=YURIL3... http://www.saudiaramcoworld.com/issue/199104/on.cu... http://www.saudiaramcoworld.com/issue/199104/the.c... http://www.tempointeraktif.com/hg/caping/1979/06/0... http://www.tourismnegerisembilan.com/about/ http://palantaminang.wordpress.com/ http://urangminang.wordpress.com/